Pengiraan Harta Pusaka

Pengiraan Harta Pusaka

PENGIRAAN PEMBAHAGIAN NILAI HARTA PUSAKA MILIK SIMATI MENGIKUT HUKUM FARAID

Guna Sistem Maklumat Faraid (SMF) :

Contoh pengiraan : ...

Jika nilai pembahagian adalah 10,000.00

Tentukan dahulu berapa ramai waris yang berhak :

Contoh :

Pembahagian kepada waris yang hak (3 anak lelaki/1 anak perempuan)

Anak perempuan - 1/7

Anak lelaki - 6/7

Macam mana dapat nilai pembahagian ini? Guna SMF (Tandakan hanya waris yang terhampir sahaja untuk pengagihan ini)

Contoh anak lelaki 3 orang, anak perempuan 1 orang.

Maka ;

Anak perempuan 1/7

RM10,000.00 dibahagikan kepada 7 bahagian (1/7) kerana mengikut hukum faraid, anak lelaki 2 bahagian, anak perempuan 1 bahagian.

Untuk lebih faham pengiraan pembahagiannya jika 4 orang waris yang berhak (lelaki 3, perempuan 1) adakah seperti berikut :

Anak lelaki : 3 orang (dua bahagian)

Anak perempuan : 1 orang (1 bahagian)

Maka ;

Anak lelaki/perempuan -

Anak pertama = 2 bahagian

Anak kedua = 2 bahagian

Anak ketiga = 2 bahagian

Anak perempuan = 1 bahagian

Jumlah harta yang layak :

Anak lelaki = 6 bahagian

Anak perempuan = 1 bahagian

Jumlah 7 bahagian

 

Pengiraannya :

Anak perempuan (Nilai harta dibahagi 7 bahagian).

RM10,000.00 รท 7 = RM1428.60

Maka ;

Nilai yang diterima anak perempuan

๐Ÿ‘‰ RM1428.60

 

Anak lelaki (Nilai harta simati ditolak nilai pembahagian yang diterima anak perempuan)

RM10,000.00 - RM1,428.60 = RM8,571.40

Maka ;

Nilai yang diterima anak lelaki RM8,571.40 dibahagi 3 orang adik beradik.

RM8,571.40 รท 3

๐Ÿ‘‰ RM2857.15

 

Perubahan pembahagian :

Jika semua waris bersetuju pembahagian sama rata, pengisytiharan pembahagian mengikut faraid ini perlu diterangkan terlebih dahulu.

Contoh nilai harta simati RM10,000.00

RM10,000.00 dibahagi 4 orang

= RM2,500.00

Maka ;

Nilai yang diterima setiap seorang anak lelaki ditolak nilai pembahagian sama rata

RM2,857.00 - RM2,500.00 = RM357.15

Maka ;

Nilai RM357.15 dikali dengan 3 orang anak lelaki

RM357.15 x 3 = RM1,071.45

Anak lelaki pertama = RM357.13

Anak lelaki kedua = RM357.13

Anak lelaki ketiga = RM357.13

 

Jumlah = RM1,071.40 (akan disumbangkan kepada anak perempuan)

Oleh sebab itu, nilai yang diterima anak perempuan ;

RM1,428.60 + RM1,071.40 = RM2,500.00

Anak lelaki pertama = RM2,500.00

Anak lelaki kedua = RM2,500.00

Anak lelaki ketiga =

RM2,500.00

 

Semoga bermanfaat