Kenapa Pentingnya Bina Website

Kenapa Pentingnya Bina Website

 

 

Ada banyak sebab kenapa seseorang usahawan tak kira lah, ejen, konsultan, founder, mahupun dropshipper perlu membina laman web atau website. Saya ingin kongsikan TIGA sebab utama kenapa perlu buat website.

Ramai usahawan terlepas pandang betapa pentingnya ada website untuk bisnes yang dipromosikan. Min yakin ramai yang promosikan produk-produk dan servis-servis korang di Facebook dan Instagram. Betul tak?

 

Biar min kongsikan TIGA sebab utama kenapa anda perlu membuat website:

 

1. Nampak lebih professional dan lebih serius dengan bisnes.

 

Bayangkan pesaing kita ada website tetapi kita tiada. Pelanggan lebih yakin dengan siapa? Malah dengan ada website, ia mewakili profil bisnes kita dan segala maklumat syarikat, bisnes, mahupun diri kita, ada dalam website.

 

2. “Google je” orang akan jumpa bisnes kita.

Trend terkini menunjukkan ramai pengguna internet lebih suka mencari maklumat di atas talian, terutamanya melalui peranti mudah alih. Dengan itu, perniagaan atau perkhidmatan korang perlu berada di hujung jari mereka apabila mereka mencari di dalam sebarang enjin carian.

 

3. Salah satu platform paling selamat dan murah untuk promosi.

Ramai yang bergantung pada Facebook dan Instagram sebagai platform untuk mempromosikan produk dan servis. Ingat, korang hanya menumpang dengan mereka. Apa akan jadi jika kerajaan ban media sosial atau platform itu sendiri yang ban korang. Ada kes sampai Facebook delete page pemilik tanpa sebarang amaran.

 

Kos iklan di Facebook dan Instagram pula semakin mahal saban tahun. Lagi satu, kalau Facebook ditutup macam mana? Website akan hanya tutup jika kita sendiri yang tidak berminat untuk teruskan. Ingat tak, Friendster? MySpace?

 

OK, itulah sebab-sebab utama pentingnya kita kena ada website. Kalau korang dah pandai buat website, sila buat sekarang. Mungkin korang hanya perlu keluarkan sedikit kos untuk domain dan hosting sahaja. Kalau tidak, korang mungkin boleh mengupah orang untuk membuatnya, itupun kalau korang ada bajet.

Biasanya untuk mengupah seseorang untuk buat website paling kurang RM1500. Kalau nak buat website sendiri pula, kalau tak belajar mungkin korang akan menghadapi kesukaran dan akhirnya, berputus asa sahaja! Jadi, min syorkan korang melabur sedikit wang untuk belajar ilmu membuat website.

 

Nak bina website ini paling murah pun dalam RM400.

 

Tapi, di sini min nak kongsikan tips pada korang untuk Bina Website Macam Pro! hanya guna handphone jer..😊

 

Apa yang akan korang belajar?FASA WEBSITE MARKETING

A) Pengenalan Website

 

FASA WEBSITE MARKETING

B) Pengenalan Sistem Ordersini

Untuk Pengetahuan korang, xifuviral marketing manager untuk Ordersini

 

Tuan Iffat Salleh ialah boss xifuviral merangkap owner

Company Sistem Ordersini.com

 

Ordersini merupakan Sistem Website Ecommerce Termudah, Termurah dan Paling Sesuai Untuk Usahawan Bermula

 

FASA WEBSITE MARKETING

C) Pengenalan Panel Sistem Ordersini

 

Sistem Website  Ecommerce Termudah, Termurah dan Paling Sesuai Untuk Usahawan Bermula.

 

FASA WEBSITE MARKETING

D) Cara Masukkan Produk Dan Bina Landing Page (Sales page Dalam Ordersini)

 

FASA WEBSITE MARKETING

E) Cara Setup Iklan untuk viralkan (Sales page Dalam Ordersini)

 

 

FASA WEBSITE MARKETING

F) Cara Double Up

Sales dengan (Sales page Dalam Ordersini)

 

FASA WEBSITE MARKETING

G) Miliki Sistem Bisnes Yang Automatik Dan Sistematik Dengan Ordersini.

 

FASA WEBSITE MARKETING

H) Cara Ordesini Bantu Anda Maksimumkan Kempen Marketing dan Sales.

 

Semua teknik ni ZERO COST. Korang tak perlu nak susah payah kena bayar Hosting dan domain name kepada syarikat penyedia web.

Ayuh..!! Bina website korang mulai hari ini !!