
Apabila secara tiba-tiba fungsi untuk melakukan hantaran dari akaun Facebook anda tidak berfungsi, itu bermakna akaun Facebook anda telah disekat @ Block oleh pihak Facebook.

Ketahui Mengapa Disekat @ Block.
Facebook anda boleh disekat @ Block Oleh beberapa faktor. Sekatan ini biasanya samada bersifat sementara atau kekal.


Sebenarnya anda boleh memeriksa berapa kali akaun anda telah diberikan amaran oleh pihak Facebook.




Nota :
Rekod ini akan disimpan selama setahun oleh pihak Facebook. Selepas setahun baru ianya akan dipadamkan.
Akaun anda juga sebenarnya boleh terus dinyahdayakan terus
( Disabled ). Jika berterusan melanggar semua amaran-amaran dari Pihak Facebook.


Apabila akaun anda dikenakan tindakan ini, anda akan nampak satu mesej 'Account Disabled' dipaparkan ketika anda hendak login.
Jika tiada mesej 'Account Disable', tetapi anda tidak boleh login, kemungkinan besar anda ada isu mengenai cara untuk login - termasuklah dari lokasi mana anda cuba login akaun Facebook anda itu.
5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat
- Secara terus-terusan melakukan tindakan yang dilarang setelah menerima nota amaran dari Facebook.
- Posting Iklan anda secara melulu. Tidak tahu Teknik manipulasi yang betul semasa membuat Iklan.
- Menggunakan nama palsu.
- Mengambil identiti orang lain atau menyamar dengan ketara melalui akaun Fake Akaun Facebook Anda.
- Kongsikan sesuatu yang melanggar policy Facebook.
Namun begitu, seandainya anda merasakan tindakan Facebook menyekat anda untuk akses adalah satu kesilapan, anda boleh membuat rayuan atau permohonan untuk akaun anda dikembalikan.
Rayuan tersebut boleh dilakukan menerusi pautan ini - https://www.facebook.com/help/contact
Untuk makluman, pihak Facebook tidak akan memaklumkan anda mengenai sebarang sekatan akaun kepada anda. Anda hanya akan ketahui apabila mahu login ke Facebook.
Rayuan pula hanya akan diterima sekiranya kesalahan-kesalahan yang dilakukan dianggap boleh dimaafkan atau tidak terlalu serius.
Jika terlalu banyak perlanggaran terma dilakukan, pihak Facebook mungkin tidak menerima permohonan rayuan anda, dan akaun Facebook anda akan hilang buat selama-lamanya.
Jika itu berlaku, tiada jalan lain. Anda perlu buat satu akaun baru dengan alamat email yang baru.
Semoga bermanfaat.
Jika anda ingin belajar banyak lagi ilmu-ilmu pemasaran Online Terkini. Admin syorkan anda untuk sertai Kelas Online Marketing Rahsia Iklan Viral Di Facebook Tanpa Kena Block.
Anda bukan sahaja dapat belajar teknik pemasaran yang betul untuk tingkatkan prestasi jualan anda.
Malah akan diberikan Tips untuk anda kurangkan risiko-risiko akaun Facebook anda di block.
Baca lebih lanjut ⤵️

