EBOOK COPYWRITING PADU PERCUMA CAIRKAN BAKAL CUSTOMER

EBOOK COPYWRITING PADU PERCUMA CAIRKAN BAKAL CUSTOMER

 

KESILAPAN terbesar PENIAGA online dalam COPYWRITING

 

TAK KENAL AUDIEN

 

MACAM MANA NAK KENAL AUDIEN…?

  1. Tahu isu dan masalah yang kita boleh selesaikan?
  2. Pelanggan kita lelaki @ perempuan?
  3. Umur dia berapa?
  4. Status dia apa?
  5. Lokasi dekat mana?

2. TAK TAHU EMOSI MANUSIA

 

MACAMANA NAK SENTUH EMOSI MANUSIA?

  1. Kritikalkan isu pelanggan
  2. Berikan cadangan dan solusi

 

3. MENTALITI TERLALU MENJUAL

 

KALAU TAK MENJUAL HABIS NAK BUAT APA..?

  1. Buatkan diri kita boleh membantu masalah mereka
  2. Bila menjual orang akan CABUT LARI…

 

4. SYOK SENDIRI

 

APA MAKSUD DENGAN SYOK SENDIRI…?

  1. Rasa semua masalah boleh settle
  2. Terlebih confident

 

5. TERLALU FOKUS FAKTA / PRODUK

 

APA NAK FOKUS SEBENARNYA…?

  1. Fokus pada masalah
  2. Apa benifit yang kita boleh berikan
 

Tips Bina COPYWRITING POWER Yang Buatkan PELANGGAN CAIR TAK BELI RUGI

Copywriting Yang Power Menjadi Sebab Utama Pelanggan Tertarik Dengan produk Kita. Ia Boleh Membuatkan Pelanggan Untuk Teruskan Pembacaan Mereka.

1. DENGAN SIAPA KITA BERCAKAP / MENULIS…?

 

  1. Kenal Pelanggan Korang Pastikan Mereka Betul-Betul Perlukan Produk Kita.
  2. Bila Dah Tahu yang Pelanggan tu Betul-Betul Perlukan Produk Korang, lagi Senang Untuk Korang nak Dekat dengan Pelanggan. Betul ke Betul..?

 

2. APA MESEJ KITA…?

1. Bukan tu jer, Bila Tulis Tu jangan Main Taram ya. Korang Kena Tahu Apa yang Korang Tulis. Keep Its Short And Simple. Pastikan Mesej yang Kita Nak sampaikan tu Jelas dan Senang nak Faham.

2. Gunakan Bahasa yang Senang Faham dan Senang Pikat Hati Pelanggan. Mesej yang nak Disampaikan itu seakan-akan Korang Sendiri Sedang Bercakap dengan Pelanggan.

Contoh ; ‘Sekali Hirup Kuah Tomyam dari Kedai Kami, Anda Pasti Terasa Berada di Thailand kerana Kuahnya memang terasa Kenikmatannya…’

 

3. STRUKTUR COPYWRITING

TEMPLATE 1;

Headline; Krukkkk!! Krukkkk!! Uishh Lapar Ke Tu!

Mesti korang tengah craving nak makan makanan yang sedap kan? Agaknya dah lama tak korang tak makan Burger TOWER Cheese Leleh?

Cer bayangkan burger yang dibakar yang lapisan daging homemade yang crispy dan juicy dia pastu dicurahkan dengan chese yang banjir meleleh. Sekali dia masuk mulut, uishhh! Dap! ermm!

Cer bayangkan bila daging dan chese leleh tu kena kat mulut korang lagi-lagi time korang tengah lapar. Bukansetakat cheese jer yang akan leleh wehh..air liur dia ikut leleh sekali!!!

Beskan kalau dapat tunaikan permintaan hati dan perut kita tu…

Ehh bukan tu jer! Saya nak share pada korang satu peluang sekali seumur hidup. Rugi geng kalau korang tak ambil peluang rasa makanan ni…

[SHARE PELUANG] - maksimum 3

Tunggu apa lagi! Jangan lepaskan peluang ini geng [URGENCY]

Call To Action (Tindakan yang diambil pelanggan untuk dapatkan produk)

#( Hubungi no. untuk tempahan)

#(Whatsapp untuk beli dan delivery)

#(Message inbox untuk order)

 

 

TEMPLATE 2; 

Headline : Korang Nak jadi Ibu Bapa macam Ni..!

Bila kali terakhir korang spent time bersama family korang, bawa anak-anak pergi berjalan, bawa diaorang pergi bercuti ataupun beli mainan untuk gembirakan hati anak-anak?

Banyak sangat korang habiskan masa dekat ofis sampaikan korang lupa masa berlalu begitu pantas. sampaikan anak-anak korang dah tak nak bercakap dan tak nak spend bersama korang.

Paling sedih anak-anak keluarkan ayat , “Amin tak nak sayang papa lagi.. Papa tak best, papa selalu takda dekat rumah..”

Dahlah masa takda income korang pun cukup-cukup makan jer dan apa perasaan korang bila korang tak mampu nak tunaikan permintaan anak-anak korang, apa yang dia nak korang tak dapat nak belikan.

Apa perasaan korang? Bengang kan?

yes sebab tu saya nak share dekat korang peluang ni [URGENCY]

[SHARE PELUANG / KELEBIHAN / MANFAAT] - Maksimum 3

Call To Action (Tindakan yang diambil pelanggan untuk dapatkan produk ataupun dapatkan maklumat supaya kita boleh follow up untuk akan datang)

#( Hubungi no. untuk tempahan)

#(Whatsapp untuk beli dan delivery)

#(Message inbox untuk order)

 

 

TEMPLATE 3 ; 

CABARAN / MASALAH (isi tempat kosong)

Siapa kat sini kenal mana-mana orang ada masalah (apa masalah dia). Lepas tu mereka struggle untuk selesaikan masalah mereka tu (apa masalah)

Eh! korang memang sengaja jercari pasal kalau biarkan masalah tu berlaku..Korang tak fikir ke apa yang akan jadi dekat korang dan orang tersayang korang bila korang biarkan jer masalah (nyatakan juga apa kritikal situasi bakal berlaku bila berterusan).

Tolonglah, korang kena ambil peduli..Giler bila korang biarkan masalah ni melarat sampaikan terpaksa :

[KESAN KRITIKAL MASALAH] - Maksimum 3

Nampak ke nampak apa kesan yang bukan korang jer tapi tapi family korang terpaksa susah dengan korang. Kalau susah sorang-sorang takpe tapi ni sampai ahli keluarga pun melarat dah kenapa…

Itu yang saya nak tunjukkan solusi yang korang boleh bertindak segera supaya korang boleh selesaikan masalah ini.

Jadi nanti takda lah korang bersusah payah lepas ni. Korang boleh hidup senang beb. Bukan itu jer, cer fikir korang akan akan dapat rasa lepas ni;

[MANFAAT] - Maksimum 3

Best ke best bila korang dapat selesai masalah korang tu dan capai apa yang korang impikan?

Oleh itu, saya nak bantu korang untuk selesaikan masalah (nyatakan masalah tadi). Senang jer korang tak payah nak spend bertahun-tahun selesaikan masalah yang simple. Ada cara yang sangat efektif, sangat bagus.

Jadi: CTA -PM, Whatsapp, Chat Messenger, Link Wsite

 

 

 

 

 

STRUKTUR COPYWRITING

 

 

 

1. HEADLINE

  1. Elemen yang terpenting
  2. Fokus main idea untuk dapatkan perhatian pembaca
  3. Tulis dengan huruf besar
  4. Tak perlu terlalu panjang sangat
  5. Contoh; “dah bertahun bisnes tapi buat loan beli rumah pun tak lepas. BAIK TUTUP JER BISNES KAU NI!”

2. INTRO

  1. Untuk Meneruskan Audien membaca.
  2. Masukkan Elemen Emosi Dalam Copywriting.

Contoh; "Dalam Bisnes Bila Kita Silap Langkah, yang Akan Tambah Hanya Satu jer!..HUTANG.

Cer Bayangkan , 10 Tahun Korang Korang Buat Bisnes Tapi Still Korang Tak Ada Apa-Apa Simpanan. Yang Ada Cuma Member-Member Yang Akan Simbah Cat Merah Kat Depan Rumah Korang."

3. INFO

  1. Mesej Utama.
  2. Ada Info Ciri-Ciri Dan Manfaat Dan Manfaat Yang Tersembunyi.
  3. Masukkan Testimoni Atau Feedback Pelanggan Untuk Bina Trust.
  4. Ada Unsur Strorytelling.

4. OFFER

  1. Apa Produk Atau Tawaran yang Kita Nak Offer pada Bakal Pelanggan Kita.
  2. Tawaran Juga Boleh dalam Bentuk Diskaun / Free Gift / Limited Edition
  3. Elakkan Daripada Buang Harga.
  4. Fikirkan Satu Tawaran yang Luar Biasa.

5. CALL TO ACTION (CTA)

  1. Arahan Untuk Pelanggan Ambil Tindakan Bila Mereka Berminat Dengan Produk Kita.  Contoh; Link Whatsapp, PM/DM

 

 

PANTANG Larang DALAM Penulisan COPYWRITING

1. MENYINDIR / MENJATUHKAN PESAING 

 

  • Tak perlu nak menyindir ataupun menjatuhkan pesaing sebab kita sama-sama cari rezeki. Apa yang boleh kita buat adalah tunjukkan kebaikan dan keunikkan yang kita ada.

 

2. SENGAJA MENGUBAH AYAT 

 

  • Elakkan ubah ayat contoh; “g3moks, awucks, cayunk, ” Jangan guna ayat budak-budak wechat.

3. AYAT NEGATIF / MENGHINA ORANG 

 

  • Jangan gunakan perkataan yang boleh datangkan penghinaan kepada orang lain. Gunakan bahasa yang lembut dan dan jangan memaksa orang.

4. JANGAN OVER CLAIM 

 

  • Jangan sesekali over claim produk kita. 

Contoh; “ Jika puan guna pil ni, esok puan dah boleh kurus ”. Jangan sesekali cuba.

 

5. TAK ADA OBJEKTIF 

  • Bila kita menulis tu tujuannya untuk apa? 

Contoh; Kita share quote, tujuannya untuk berikan semangat kepada orang.

 

STORYTELLING, TESTIMONI & SHOWCASE Result

KENAPA STORYTELLING NI PENTING DALAM BISNES

1. PELANGGAN / BAKAL PELANGGAN LEBIH FOKUS 

 

  • Orang akan lebih fokus kepada cerita. Orang tak suka sangat fakta yang membosankan ni. Untuk tarik perhatian pelanggan atau bakal pelanggan ni, peniaga perlu banyakkan bercerita daripada fakta yang membosankan.

2. MAKLUMAT DISAMPAIKAN DENGAN GAYA MENARIK 

 

  • Dalam storytelling, kita boleh sampaikan maklumat dengan pelbagai gaya. Macam kita bercerita dengan kawan, ada gaya sedih, kita excited dan gaya kita gembira.
  • Jangan guna gaya yang sama sebab tu buatkan orang yang dengar tu bosan dan tak minat nak dengar.

 3. KELAINAN DALAM PERCAKAPAN 

 

  • Dalam storytelling, kita bebas untuk bercakap dan hal ni menimbulkan kelainan dari segi penyampaian. Anda boleh guna pelbagai bentuk storytelling sama ada dalam bentuk video atau gambar.

4. DAPAT MEMPENGARUHI PELANGGAN 

  • Pelanggan akan mudah terpenggaruh dan percaya dengan apa yang kita sampaian.
  • Ingat! Orang suka akan cerita. Anda boleh selesaikan isu pelanggan dengan gaya bercerita.

 

 5. LEBIH DEKAT DENGAN PELANGGAN 

 

  • Storytelling ni macam kita cerita berdua sahaja dengan pelanggan. Pelanggan akan rasa kita simpati dan cuba untuk selesaikan masalah mereka.

 

RAHSIA HASILKAN TESTIMONI YANG POWER DAN BERKESAN!

1. HEADLINE YANG MEMUKAU 

 

  • Headline yang power adalah headline yang mampu menarik perhatian orang untuk terus membaca. Biarkan orang tertanya-tanya dan ambil keputusan untuk respon kepada posting anda.

2. GUNA TEKNIK “ MIRRORING” 

 

  • Manusia ni mudah tertarik bila nampak situasi yang sama macam dia. Jadi anda boleh highlight isu atau masalah yang pelanggan selalu hadapi.

3. PILIH GAMBAR YANG SESUAI 

 

  • Pastikan anda memilih gambar yang menarik dan sesuai untuk showcase result. Barulah orang berminat nak like, komen dan share.

4. HIGHLIGHT ISU & PENCAPAIAN  

 

  • Dalam testimoni, kita kena kritikal isu dan pencapaian..Anda boleh tunjuk perubahan dulu dan sekarang lepas pelanggan guna produk anda.

5. ADA CTA YANG JELAS 

 

Call To Action (CTA) adalah senjata paling penting dalam shocase result pengguna. Pastikan CTA tu ringkas, simple, jelas dan padat.

 

CARA MUDAH BUAT BUAT SALES & CONTENT SHARING DALAM COPYWRITING

SALE

1. PAKEJKAN PRODUK 

Kelebihan :

  • Orang akan rasa lebih jimat
  • Orang rasa berbaloi
  • Orang rasa boleh dapat lebih

Contoh Copywriting :

Rugi!! Kalau beli satu jer dengan harga XXX, kan lagi jimat kalau (tulis item-item) dengan satu harga jer

2. TAWARAN SEMPENA 

  • Tawaran sempena ni sesuai untuk sesuatu peristiwa yang kebanyakkan orang tahu dan ingat contonya Raya Aidilfitri, Raya Haji, Deepavali dan Chinese New Year.

Contoh Copywriting :

Ehh! Raya kan dah nak dekat ni..korang mesti pening kan baju raya tak siap lagi. Meh sini saya bantu korang, untuk dapatkan baju raya yang meletop untuk raya tahun 2021 ni..

Nak tahu apa yang lagi best? Tak payah nak gosok tau!!

3. TAWARAN DISKAUN 

  • Tawaran diskaun ni boleh buat untuk setiap beberapa unit pembelian dapat diskaun. Lebih kurang sama dengan pakej.

Contoh Copywriting :

Tak rasa rugi ke beli satu jer dengan harga RM69 ringgit. Kalau beli dua lagi jimat dan berbaloi sebab harga baru RM100. kan korang dah jimat kat situ…

 

COPYWRITING CONTENT SHARING

1. POSTING BODO

  • Cara untuk berinteraksi dengan fans
  • Boleh bina engagement dengan fans
  • Lebih faham fans
  • Ringkas dan mudah
  • Background plain untuk buat orang mudah baca
  • Bahasa percakapan

Contoh ;

Bisnes dari segi fesyen dan kecantikkan:

Hai semua, dah tido ke belum? Dah prepare untuk pakaian pergi kerja esok? Style macam mana yang korang nak?

2. QUOTES 

  •  Kata-kata semagat dan inspirasi
  • Boleh ambil daripada google atau kata-kata yang biasa kita cakap
  • Boleh naikkan engagement
  • Perlu sedikit penerangan caption sedikit

Contoh ;

Jangan takut untuk bersedekah. Ingat tau bila kita bagi lebih, kita akan dapat lebih.

Percaya dengan rezeki Allah. boleh?

#Inspirasitarikrezeki

#zerotohero

#solvyhero

#duohero

 

 


3. VIDEO SHARING

  • Kalau tak reti nak buat video, tak salah untuk kita share video orang lain.
  • Ambil dari youtube pun boleh.. Tapi, beri kredit kepada orang yang share video itu..
  • Perlukan caption umtuk menerangkan serba sedikit tentang video yang kita share

Contoh ;

Mengalah! dah taknak buat apa-apa dah.. Penat!

Saya faham ramai yang stress, bila buat tak jadi..Dah cuba banyak cara.. Tapi masih gagal! Dah penat dan terus mengaku kalah.

Kadang-kadang kita kena fikir, kenapa kita start. Kenapa kita buat keputusan untuk mulakan.. Kenapa?

Dengar dan faham apa yang disampaikan..

Semoga dipermudahkan segala urusan semua.

Amiin..

#Inspirasitarikrezeki

#zerotohero

#solvyhero

#duohero

 

 

4. CONTENT HOW TO 

  • Sharing tips untuk beri value pada fans
  • Kongsi tips yang boleh bantu fans dan buatkan fans setia dengan kita
  • Boleh share dari blog, atau mana-mana sumber
  • Boleh juga post multiple image tips

Contoh ;

  1. Link ke blog
  • Perlukan caption untuk terangkan serba sedikit tentang content yang nak di share
  • Dan pastikan letak link share

Contoh ;

 

2. Posting

  • Caption penerangan beserta Call To Action
  • Boleh sentuh isu yang buatkan content sharing ni wujud.

Contoh ;

 

5. TESTIMONI 

  • Ada 3 cara nak present testimoni
  • Buat pelanggan lebih percaya
  • WAJIB untuk semua jenis bisnes

Contoh ;

  1. Video
  • 1 - 3 minit
  • Feedback customer
  • Result customer yang ada experience dengan kita
  • Lebih tambah keyakinan pelanggan

Contoh ;

Caption perlu untuk menerangkan serba sedikit tentang video dan Call To Action kena ada

        2. Gambar

  • Result selepas customer guna produk kita
  • Lebih bagus dapat gambar sebelum dan selepas
  • Boleh ceritakan feedback customer dalam caption dan pastikan ada Call To Action

Contoh ; 

 

~ SEMOGA BERMANFAAT BUAT ANDA ~

IKHLAS 

FENDY MURSYID