BINA COPYWRITING MAGNET

BINA COPYWRITING MAGNET
RAHSIA PENULISAN SALE POST DI FESBUK DAN WASAP JANA SALE 5 ANGKA 

CHAPTER 1 

KOMPONEN SALES POST FESBUK 

Dunia penulisan sales post ni banyak cabangnya.

Di luar sana terdapat pelbagai sifu yang memperjuangkan ‘Mazhab’  masing-masing tentang teknik copywriting untuk menulis sales post

Pada saya, mereka semua betul, tiada yang salah. Ini kerana mereka berjaya menjana sales! Itu yang penting!

Tetapi saya juga memahami bahawa ramai pembaca eBook ni ingin mendapatkan panduan mudah dan pantas. Jika saya menulis terlalu panjang dan berkongsi terlalu banyak informasi, anda mungkin akan jadi confused.

jadi saya ambil keputusan untuk berkongsi 3 jenis sahaja di dalam eBook ini.  

Anda kemudian boleh mencuba mana-mana satu yang sesuai.

 

Headline (Merah)

– Headline merupakan ayat pertama yang akan menarik perhatian prospek anda untuk membaca post anda.

– Ia haruslah ‘sensasi’, menyentuh perasaan mereka, dan  pendik sehinggakan mereka dapat baca habis dengan sekali imbas sahaja.

– Ketika menulis Headline, pastikan anda:

• Menulis dalam huruf besar supaya lebih menarik perhatian.

• Gunakan bracket. Dari pengalaman saya, bracket bersudut tepat [ ] lebih berkesan. Tanda dialog “ “ juga sangat sesuai.

• Tidak terlalu panjang. 1 ayat, dalam 12 perkataan dan ke bawah sudah mencukupi.

 

Body (Biru)

– Body adalah ruangan di mana anda masukkan kandungan post iklan anda.  

– Body adalah di mana post iklan menjadi berbeza, kerana sesetengah akan menyusun komponen dalam post iklan mereka secara berbeza.  

– Antara komponen yang boleh dimasukkan dalam body adalah:

• Harga

• Kelebihan produk anda berbanding produk lain

• Kenapa beli produk anda

• Masalah yang dihadapi prospek

• Apa yang mereka akan dapat kalau masalah diselesaikan produk anda.

• Apa mereka dapat dengan pembelian produk anda

• Kesan dari masalah jika mereka tidak atasinya

• Dan macam-macam lagi!

 

 Call to Action (CTA).

– CTA adalah dimana anda akan mengakhiri post iklan anda.  

– CTA ini bertujuan untuk mengajak prospek anda untuk mengambil sesuatu tindakan:

• Contact anda C

• Claim offer percuma

• Bank-in

• Bagitahu kawan

• Dan lain-lain.  

Sekarang, jika anda dapat melihat bahawa sesebuah Sales Post itu sebenarnya merupakan gabungan beberapa komponen, maka anda akan dapat juga melihat bagaimana untuk mencantumkan kombinasi berbeza, dan menghasilkan Sales Post yang berbeza!

 

Sebagai permulaan, saya kongsikan 3 format Sales Post saya yang paling berjaya setakat ini.

 

FORMAT 1

APSDA 

APSDA merupakan format penulisan Sales Post saya yang paling berjaya. Dalam hampir semua situasi, apabila saya membandingkan engagement antara sales post yang menggunakan format APSDA dengan yang lain, ia selalunya lebih tinggi.

APSDA merujuk kepada singkatan:  

– Attention (perhatian)

– Problem (masalah)

– Solution (penyelesian)

– Desire (keinginan)

– Action (tindakan).

 

ATTENTION

Anda mulakan post iklan anda dengan satu pernyataan (statement) yang menarik minat prospek. Biasanya saya suka menulis 1 ayat sederhana panjang tentang sesuatu masalah yang dihadapi prospek. 

 

Ayat sebegini akan sangat menarik perhatian prospek, lebih-lebih lagi jika mereka menghadapi masalah yang sama!

 

“AZABNYA! KERETA BERSEPAH SEBAB BARANG X TAHU NAK LETAK MANA!”

 

Anda juga boleh menulis tentang perasaan prospek apabila masalah mereka telah diselesaikan oleh produk anda. 

 

Prospek akan tertarik untuk mengetahui bagaimana orang lain dapat menyelesaikan masalah yang mereka juga hadapi.

 

“BANGGANYA! AWEK, KAWAN, MAK PUJI KERETA KEMAS KENING!”

 

PROBLEM

Sekarang, anda tuliskan dengan lebih teliti tentang masalah yang  dihadapi prospek anda. 

 

Huraikan masalah yang dihadapi prospek, dan tuliskan perasaan yang mereka rasakan. Jika inilah perasaan prospek anda, saya gerenti anda sekarang sudah mendapat perhatian penuh dari prospek.

 

Korang mesti banyak barang dalam kereta kan? Spek hitam, kunci, pen, tiket, TnG, SmartTag...  

.

Nak letak mana? laci, armrest semua dah penuh, letak atas dashboard  

BERSEPAH sangat!

.

Bila barang bersepah dalam kereta, masa driving tu... barang bergerak,  

bergetar, bising! . Kita nak driving pun X TENANG!

 

Anda juga boleh menyenaraikan masalah-masalah yang dihadapi prospek. Kaedah ini lebih simple, tetapi tetap powerful berbanding yang di atas.

 

Banyak barang dalam kereta tak tahu nak letak mana?

.

Malas bunyi bergetar masa driving sebab barang banyak atas dashboard?

.

Kereta berselerak sampai kena tegur awek, kawan?

.

Beli kereta mahal tapi dalamnya BERSEPAH?

.

Sampai bila nak macam ni?!?!

 

Ketika menyenaraikan masalah prospek, anda boleh berfkir dari pengalaman sendiri, dan juga rujuk kepada Customer Avatar (jika ada) untuk memastikan mesej anda tepat kepada Avatar anda.

 

SOLUTION

Di sini anda boleh memperkenalkan produk anda. 

Selepas memperkenalkan produk anda, tuliskan ciri-ciri produk anda dan cara menggunakan, jika ada.

 

Tapi…

.

Kalau dah ada organizer ni takde masalah dah!  

.

Senang je...  

.

nak letak barang, tarik tali getah ANTI-SLIP, masukkan, siap!  

.

Tali Getah ANTI-SLIP ni ada yang halus, lebar, melintang, lurus, jadi  masa nak letak barang tu memang letak je ikut kesesuaian!

.

Takda masalah bunyi bergetar, takda masalah barang licin sampai  

terjatuh, siap ada extra space untuk letak barang dalam kereta!

Organizer tali getah ni boleh je simpan macam-macam, antaranya:

- Phone

- Kunci

- Chewing gum

- Smart Tag

- Touch n Go

- Kotak Tisu

- Pewangi kereta

- Pen

- Nota

- Lipstck

- Macam-macam lagi!

 

Anda juga boleh berikan kesan produk dahulu, kemudian perkenalkan produk anda dan ciri-ciri produk anda. 

Kaedah ini menimbulkan keinginan prospek untuk menyelesaikan masalah mereka, dan  seterusnya membantu anda untuk mendapatkan atau mengekalkan perhatian mereka. 

.

.

Acaner kalau saya share cara saya selesaikan masalah ni?

.

Bayangkan, kereta kemas, bersih…

.

Masa memandu takde dah bunyi bergetar, bising…

.

Siap lagi awek, kawan rasa selesa dalam kereta sampai tertdur sebab  

kemas!

.

Kita masa nak driving pun tenang je…

.

Dah ready? ok. Ni penyelesaian saya.. .

.

SUN VISOR ANTI-SLIP ORGANIZER!

.

Tali Getah ANTI-SLIP ni ada yang halus, lebar, melintang, lurus, jadi  

masa nak letak barang tu memang letak je ikut kesesuaian!

.

Takda masalah bunyi bergetar, takda masalah barang licin sampai  

terjatuh, siap ada extra space untuk letak barang dalam kereta!

.

Organizer tali getah ni boleh je simpan macam-macam, antaranya:

- Phone

- Kunci

- Chewing gum

- Smart Tag

- Touch n Go

- Kotak Tisu

- Pewangi kereta

- Pen

- Nota

- Lipstck

- Macam-macam lagi!

.

Nak letak barang? tarik tali getah ANTI-SLIP, masukkan, siap!

.

Harga? Berpatutan - RM29 satu, RM55 dua. Poslaju RM6. 

 

DESIRE

Sekarang, anda bangkitkan lagi emosi prospek dengan mengajak mereka membayangkan bertapa kehidupan mereka akan tampak lebih baik,  berjaya jika mereka mendapatkan produk anda, dan menyelesaikan masalah mereka.

.

.

Semuanya jadi MUDAH, KEMAS dan CANTIK dengan organizer ni.  

.

Kereta biasa-biasa pun, bila dah kemas terus nampak mewah!

.

Bila driving… senyappppp je, macam kereta contnental!

.

Kawan, keluarga, girlfriend, boyfriend pun selesa duduk dalam kereta!

.

Kita pun puas hat, tenang! 

 

CALL TO ACTION (CTA)

Sekarang, anda ajak prospek ambil tindakan dan dapatkan produk anda ini. Bergantung kepada proses jualan anda, anda perlu meminta prospek untuk mengambil tindakan berbeza. 

 

CTA yang paling lazim adalah meminta mereka untuk WhatsApp anda di nombor telefon anda.

.

Jangan tunggu lagi! Upgrade kereta anda sekarang!

.

WhatsApp ‘Nak Car Organizer’ ke 018 9777954 SEKARANG!

WhatsApp ‘Nak Car Organizer’ ke 018 9777954 SEKARANG!

WhatsApp ‘Nak Car Organizer’ ke 018 9777954 SEKARANG!

.

Saya sendiri lebih selesa jika prospek PM saya terlebih dahulu. Jadi saya akan meminta mereka untuk PM saya. 

.

Untuk dapatkan alat ni, sila tulis 'Nak Car Organizer' di ruangan komen. Saya hantarkan details kepada anda secepat mungkin. 

KOMEN ‘NAK’CAR ORGANIZER' DI BAWAH! 

KOMEN 'NAK CAR ORGANIZER' DI BAWAH! 

KOMEN 'NAK CAR ORGANIZER' DI BAWAH!

.

.

Perhatikan bagaimana saya meminta prospek menulis sesuatu mesej ketika contact saya.  

Ini adalah untuk memastikan kita dapat membezakan prospek yang betul-betul berminat dengan prospek yang sekadar PM suka-suka.  

Selain itu, jika kita menjual banyak produk, kita dapat mengetahui terus apa yang menarik minat prospek.

Ada juga beberapa tips yang boleh digunakan ketika menulis CTA:

 

• Ulangi ayat CTA. Ini membantu prospek supaya nampak arahan dengan lebih jelas dan senang.

Jarakkan nombor telefon. Ini adalah untuk memudahkan prospek membaca nombor contact anda.

• Masukkan sedikit ‘tekanan’. Beri tekanan supaya prospek beli segera.

.

 Antara yang anda boleh tuliskan adalah

– Tawaran terhad masa (cth: offer akan tutup dalam 24 jam)

– Tawaran terhad jumlah (cth: hanya terbuka pada 100 pembelian pertama sahaja)

– Diskaun tamat bila-bila masa.

– harga bakal dinaikkan bila-bila masa.

.

Saya sertakan di bawah satu contoh post iklan yang menggunakan format APSDA. Bolehkah anda nampak mana eleman A, P, S, D dan A?

.

FORMAT 2 -

ADSA 

ADSA pula saya suka gunakan ingin fokus kepada membantu prospek ‘mengejar’ sesuatu impian yang dimahukan. 

 

Format  ADSA ini tidak akan banyak fokus kepada permasalahan prospek, jadi format ini mempunyai ‘seleranya’ yang tersendiri.

 

ADSA pula merujuk kepada  

– Attention (perhatian)

– Desire (keinginan)

– Solution (penyelesaian)

– Action (tindakan)

 

Untuk details tentang penulisan ADSA, anda boleh merujuk  

kepada format #1.

 

Saya kongsikan satu contoh post berbentuk ADSA. Dapatkah anda dapat lihat setiap bahagian A, D, S dan A dalam ads copy ini?

 

FORMAT 4 -

ATSA

ATSA pula lebih kepada menggunakan kuasa testimoni untuk meyakinkan prospek untuk mendapatkan produk anda.  

 

Prospek perlu diyakinkan dengan cara berbeza: fakta, statistik,  kajian kes, bukti dan testimoni.

 

ATSA akan menggunakan ‘the power of testimonials’ untuk push prospek ke arah membeli. 

ATSA pula merujuk kepada :

– Attention (perhatian)

– Testimonial (testimoni)

– Solution (penyelesaian)

– Action (tindakan)

 

Attention 

Sila rujuk kepada penerangan di Format 1.

 

Testimonial

Untuk bahagian ini, anda boleh kongsikan beberapa testimoni dari mereka yang telah menggunakan produk anda. 

Testimoni yang dikongsi sebaik-baiknya pendik, senang dibaca dan membuktikan yang produk anda ternyata menyelesaikan masalah prospek.

 

Car Visor Organizer ni seriously bagus. Tak tahu nak letak barang mana dalam kereta? Selit je! Hold pun kemas dan ketat. 1000% rekomen!

.

Masa beli saja nak testng. Sekali sampai kereta bini, orang tua dengan mertua pun saya belikan sekali! Terlalu genius benda ni!


Solution

Sila rujuk kepada penerangan di Format 1.

 

Action

Sila rujuk kepada penerangan di Format 1.

 

Saya sertakan di sini salah satu post iklan dari Facebook Fanpage raakan saya yang menggunakan ATSA. 

Seperti biasa, cuba cari di mana A, T, S  & A.

Takkda masa nak fikir buat copywriting jualan yang PADU dan CONVERT? 

Kadam terbaru ni boleh bantu anda hasilkan copywriting secara magik dan auto!

Copywritingkan iklan anda hanya dalam masa 5 minit.

Robot Ai yang terbukti mampu berfikir dan menulis killer copywriting iklan untuk tingkatkan jualan anda di fesbuk dan wasap!

klik sini 

Lihat juga disini 

Nak sistem untuk autokan marketing di fesbuk anda --→ KLIK SINI

Nak sistem blastkan beribu no telefon bakal customer anda --→ KLIK SINI

Semoga bermanfaat