ASB VS ASBF

ASB VS ASBF

ASB BIASA vs ASB Financing?

Sejak pengumuman dividen di bawah 7%, ramai yang mula merasakan ASB Loan dah tak relevan lagi.

"Mana untung dah woi?"

Contoh apply sijil ASB RM200K

Installment sebulan RM775

Installment setahun RM9,300

Dividen 5% iaitu RM10,000.

Hanya ada lebih RM700 sahaja!

Dalam pemikiran orang ramai,

ramai yang beranggapan:

ASB Loan tak relevan sebab dividen 'tak dapat cover' installment bank setahun.

ASB Loan hanya untungkan bank.

Baik simpan sendiri sebab dividen tak dapat cover installment setahun katanya.

Tapi mereka lupa dan tak tahu yang HASIL simpan sendiri JAUH LEBIH RENDAH!!!

"Biar betul bang?"

Bagi mereka yang tak faham kenapa ASB Loan jauh lebih untung, anda kena fahamkan bagaimana kiraan hasil keuntungan daripada ASB Loan.

Bila dah faham, cuba buat jadual perbandingan MODAL & PULANGAN antara simpan sendiri di ASB dengan apply ASB Loan.

Mengambil contoh untuk ASBF selama 5 tahun bagi  RM200K. Setelah menggunakan modal yang sama iaitu sebanyak RM775 sebulan.

Jumlah terkumpul  

Selepas 5 tahun seperti berikut :

Hasil ASB Saving : RM52,769

Hasil ASBF 200K : RM67,810

Beza sebanyak : RM15,041

Perbezaan yang amat tinggi.

KEUNTUNGAN ASB Loan sebenarnya terletak pada 2 faktor :

1) Kiraan Dividen ASB menggunakan berdasarkan Baki Minimum Bulanan, jadi kelebihan kepada ASB Loan kerana dividen terus dikira berdasarkan 200K.

Manakala simpan sendiri di ASB, kiraan dividen kena dikira dari duit yang setiap bulan dia simpan. Jadi dividen yang dapat sedikit.

2) BAKI PRINSIPAL ATAU SURRENDER VALUE yang kita dapat bila berhenti buat ASB Loan. Ramai yang terlepas pandang Sebab tu ramai melabelkan ASB Loan ni tak untung.

Sedangkan nilai principal yang dapat ni lah yang melonjak kan hasil ASB Loan. Kalau ASBF 200k, 5 tahun terminate pun dah dapat RM12,534 lebih.

Jadi,

Adakah anda masih dengan stigma ASB Loan ni tidak untung?

Adakah masih berfikir simpan sendiri ni lebih ok dari apply ASB Loan?

Jika kita jenis susah menabung, paksa diri buat ASB Loan agar potongan terus dari gaji.

Kita tunggu 5 tahun dan dapat hasilnya.

Fikir-fikirkan lah!

Jom start melabur

Semoga Bermanfaat

 

Perkongsian Dari Dr. Azizul Azli